
|
Annyeong ![]() Memories Credits
| You Are My Angle {PART 1}
Character:
Lay(Hero),Young Jie(Heroin),Yong Kie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and
Sad
Selepas tamat waktu
persekolahan,Young Jie mengatur langkah ke taman bunga yang hampiran dengan
sekolahnya sebelum dia pulang ke rumah.Young Jie akan menghabiskan masanya di
taman bunga dengan melukis.Dia amat gemar melukis.Pelbagai jenis lukisan yang
telah dia lukis.Baginya,hobi melukis ini merupakan suatu hobi yang luar biasa
kerana tak semua orang dikurniakan kemahiran dalam melukis.Young Jie amat
bersyukur kerana dikurniakan kelebihan dalam bidang melukis.
Setibanya dia di
taman,dia terlihat sebuah gerai yang baru dibuka di kawasan taman tersebut.Lalu
Young Jie menuju ke gerai tersebut untuk melihat apakah yang dijual oleh pemilik
gerai tersebut. “Excuse me , hai !”tegur Young Jie kepada pemuda yang sedang
khusyuk membaca majalah.
“Maafkan saya, hai !
Boleh saya bantu awak ?”balas pemuda tersebut.Young Jie tersenyum lebar apabila
melihat wajah pemuda tersebut.Dia merasakan suatu getaran yang bergetar
dijantungnya seperti ada sesuatu yang tidak kena.Young Jie merenung wajah
pemuda itu sedalam yang mungkin sehinggakan dia tidak sedar yang pemuda
tersebut melambai-lambainya tanda menyedarkan dia dari lamunannya.
“Cik?Hello??”tegur
pemuda tersebut. “Oppss , sorry ! Awak peniaga baru disini ka?”tanya Young Jie
setelah dia sedar yang dia telah hanyut dalam lamunannya. “Oh , ya ! Saya baru
mula berniaga hari ini.Awak mesti selalu datang sini kan?Sebab awak boleh agak
saya nie peniaga baru disini.”kata pemuda tersebut. “Yes!Of course.Saya suka
datang sini.Lagipun sekolah saya berhampiran sini sahaja.By the way, saya Young
Jie.”balas Young Jie memulakan perkenalan lalu menghulurkan tangannya. “Saya Zhang Yixing.Panggil saja saya Lay.”pemuda
tersebut menyambut tangan Young Jie untuk berjabat. “Boleh saya berkenalan lebih
mendalam dengan awak?”tanya Young Jie sambil tersengih. “Of course.” “Awak umur
berapa ya?Awak tinggal berdekatan sini ka?”tanya Young Jie bertubi-tubi. “Umur
saya 22 tahun.Saya tinggal berdekatan sini juga.Dulu saya tinggal di UK sebab
saya belajar disana.Tapi selepas saya tamat belajar saya balik ke korea untuk
jaga nenek saya.”kata Lay dengan penuh karisma.
“Kenapa awak tinggal
dengan nenek awak?Family awak mana?”tanya Young Jie kehairanan. “Mak dan ayah
saya dah meninggal waktu saya kecil lagi sebab kemalangan.Saya Cuma anak
tunggal.Saya tinggal dengan nenek saya dari kecil lagi.”terang Lay kepada Young
Jie sambil menyediakan secawan aiskrim kepada Young Jie. “Ouh,maafkan saya.Saya
tak tahu.”balas Young Jie. “Nah aiskrim untuk awak.Awak pula macam mana?”tanya
Lay pula. “Thank you.Saya tinggal di hadapan jalan besar berhampiran dengan
kedai-kedai disana.Saya tinggal dengan mak,ayah dan abang saya.Mak saya buka
dobi,ayah pula sebagai jurutera disebuah syarikat dibandar dan abang saya
sedang melanjutkan pelajaran dia di Amerika.Tak lama lagi dia akan balik ke
sini.”terang Young Jie sambil menjamah aiskrimnya.
“Ouh,seronok jadi
awak sebab awak masih ada keluarga yang bahagia.”puji Lay. “Tapi lagi seronok
kalau saya ada abang macam awak.”balas Young Jie lalu tersenyum lebar. “Kenapa
pula?”tanya Lay kehairanan. “Sebab awak baik.”balas Young Jie selamba.
“Haha,awak nie pandai-pandai ja judge saya kan?”ketawa Lay. “Mestilah.Eh,kenapa
awak berniaga ja?Kenapa tak bekerja dibandar sana?Awak mesti ada kelulusan yang
tinggi kan?Belajar jauh-jauh takkan nak berniaga kecil-kecilan saja.”tanya
Young Jie. “Saya ingat sementara nenek saya masih sakit saya cuma bekerja
kecil-kecil sahaja.Nanti bila nenek dah sihat sikit baru saya mula cari kerja
yang lebih baik dibandar.”balas Lay. “Tengok,kan saya dah bagitahu awak
baik.”puji Young Jie lagi.
Setelah berbual,Young
Jie menolong Lay mengemas gerai tersebut dan mereka pulang ke rumah
masing-masing.Setelah Young Jie tiba di rumah,dia melihat maknya sedang ke hulu
dan ke hilir menanti kepulangannya kerana waktu itu jam sudah menunjukkan jam 6
petang,sudah lewat. “Young Jie,ke mana kamu pergi?Mak risau.Kamu tue bukannya
sihat sangat.”tanya mak Young Jie kerisauan. “Mak,saya dari taman lah.Macam
biasa.Mak nie macam tak tahu jadual anak mak nie kan?Selalunya lepas sekolah
kan Young Jie akan ke taman.Mak jangan lah risau saya sihat saja.”balas Young
Jie sambil membuka kasutnya.
“Macam mana mak tak
risau kalau kamu pulang lewat.Selalunya kamu akan balik pukul 4.Kamu takkan
balik selewat nie.Mak risau lah.”terang maknya lagi. “Sudah lah mak,saya dah
selamat sampai kan?Saya nak mandi dan rehat.Saya letih.”balas Young Jie lalu
menuju ke biliknya. “Taknak makan ka?”tanya maknya. “Taknak,saya dah
makan.”balas Young Jie. “Ubat jangan lupa makan ya.”pesan maknya lagi. “Baiklah
mak.”balas Young Jie malas lalu menutup pintu biliknya.
Young Jie melabuhkan
punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya.Dia mencapai gambar abangnya lalu
tersenyum lebar. “Dia macam abang.Adik rindu dekat abang.”kata Young Jie
sendirian.Young Jie mencapai beg plastik yang dipenuhi dengan ubat-ubatnya yang
terletak diatas meja belajarnya.Setelah Young Jie disahkan menghidap penyakit
barah otak setahun yang lalu,dia tidak boleh lagi berenggang dengan
ubat-ubatnya kerana penyakitnya akan datang tanpa diduga.Maknya sangat
mengambil berat tentang kesihatannya kerana dia merupakan satu-satunya anak
perempuan keluarga tersebut.Keluarganya selalu memberi dia semangat untuk terus
berusaha dan tidak berputus asa untuk sembuh.
Young Jie menelan
semua ubat-ubat yang perlu dia makan lalu mencapai tuala mandinya dan berlalu
ke tandas untuk membersihkan tubuhnya.Setelah selesai mandi,Young Jie
merebahkan badannya diatas katil untuk tidur.Sebelum tidur dia mencapai buku
lukisannya dan meneliti lukisannya pada hari nie.Ketika dia sedang meneliti
lukisan-lukisannya,tiba-tiba dia teringat akan Lay pemuda yang baru dia
berkenalan siang tadi.Lalu dia tersenyum lebar.
“Aduhai,perasaan apa
pula nie?Kenapa asyik teringatkan Lay saja nie?”kata Young Jie sendirian.
“Jatuh cinta?Tak mungkin,tak mungkin.Dia sebaya abang laa,takkan aku nak jatuh
cinta pula.Aku anggap dia abang saja.Tak lebih.”kata Young Jie lagi lalu menampar-nampar
kedua-dua belah pipinya supaya dia sedar dari perasaannya yang tidak tentu itu.
“Young Jie,kau tak boleh jatuh cinta.Jangan kecewakan siapa-siapa.Kau takkan
hidup lama.Takkan kau nak tengok orang yang kau sayang sedih sebab pemergian
kau?Jangan..”kata Young Jie pada dirinya sendiri.Lalu dia menarik selimut
menutupi dirinya dan tidur.
NEXT PRESS THIS PART 2
|