
|
Annyeong ![]() Memories Credits
| You Are My Angle {PART 2}
Character:
Lay(Hero),Young Jie(Heroin),Yong Kie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and
Sad
Selepas selesai bersarapan,Young Jie dan
keluarganya menuju ke lapangan terbang untuk menjemput abangnya yang baru
pulang dari Amerika.Setibanya dia di lapangan terbang dia terus memeluk
abangnya kerana dia amat merindui abang kesayangannya ini. “Ingatkan dah tak
kenal abang lagi.”kata Yong Kie kepada adiknya. “Abang nie tak baik laa.Adik
sentiasa ingat abang adik nie.Dari senyuman dah kenal abang adik tau.”balas
Young Jie dengan penuh manja.
“Kamu tengoklah adik kamu nie mengada-mengadanya
tak pernah berubah.Sikit-sikit tanya bila kamu nak balik.Manja.”kata maknya
lalu mencuit Young Jie. “Mak nie mana ada.Mak yang asyik menangis teringatkan
abang lepas tue peluk-peluk gambar pula tue.”balas Young Jie lalu ketawa.
“Eh,mak pula yang kamu tuduh ya.”balas maknya lalu mereka ketawa kegembiraan.
Setibanya mereka dirumah,Young Jie meminta izin
untuk keluar ke taman bunga.Dia ingin bertemu dengan Lay seperti semalam. “Mak,saya
nak keluar dulu.”kata Young Jie kepada maknya.
“Kamu nak kemana Young Jie?Abang kan baru balik
duduklah dirumah dulu esok baru keluar.”tanya Maknya kehairanan. “Saya nak ke
taman bunga.Nanti petang saya balik lah,mak.”balas Young Jie lalu menyarungkan
kasut ke kakinya.
“Kamu tak kesian dekat abang kamu ka?Dia mesti nak
berbual dengan kamu tapi kamu pula nak keluar.Kalau kamu nak ke taman setakat
nak melukis sahaja baik tak payah dirumah pun boleh.Kamu lukis muka abang ka
mak ka ayah ka.”bebel maknya. “Ala,mak ni.Nanti saya balik saya lukis lah semua
tue.Please…”mohon Young Jie.
“Yelah adik.Tapi janji dengan abang kalau adik
akan balik awal.”pujuk Yong Kie. “Yey Yey.Ok abang,adik janji!”balas Young Jie
dengan penuh semangat sambil terlompat-lompat. “Tapi…”belum habis maknya
berkata abangnya sudah memotong. “Tak mengapa lah mak.Lagipun memang hobinya
kan?Kita ikut saja lah.”kata Yong Kie.Young Jie amat menyayangi abangnya kerana
sifat abangnya yang sangat memahami dan prihatin terhadap dirinya.
“Yelah.Tapi jangan lupa bawak ubat ye.”akur
maknya. “ Baiklah mak.Young Jie dah bawak ubat.Terima kasih abang,mak dan
ayah.”balas Young Jie dan berlalu dari situ.Lalu mak,ayah dan abangnya geleng
kepala apabila melihat reaksi Young Jie yang penuh dengan sifat kebudak-budakan.
Setelah tiba di taman bunga,Young Jie menuju
kearah gerai Lay. “Hai awak!”tegur Young Jie. “Hai.Awak buat apa kat
sini?”tanya Lay kehairanan. “Saja.”balas Young Jie selamba lalu menghempaskan
punggungnya diatas kerusi plastik yang disediakan oleh Lay.
“Awak tak sekolah kan hari nie?Macam mana boleh
datang sini pulak?”tanya Lay lagi inginkan kepastian. “Memanglah.Tadi saya
jemput abang saya di airport lepas tue saya ke sini terus lah.”balas Young Jie
sambil membantu Lay memotong buah-buahan untuk dijual.
“Kenapa awak tak duduk di rumah ja?Abang awak kan
baru saja balik.Awak tak nak berbual dengan dia ke?”tanya Lay bertubi-tubi.
“Tak nak.Malam nanti boleh bersembang lagi.Sekarang nie saya datang nak tolong
awak.”balas Young Jie lalu tersengih.
“Tolong saya?Saya tak perlukan pembantu lah.”kata
Lay. “Ala,tak ada gaji pun tak apa.Saya ikhlas membantu.”balas Young Jie lalu
menyambung kerja memotong buah-buahan. “Menyusahkan awak saja.Saya ok saja
kalau buat kerja nie sorang-sorang.”kata Lay lagi. “Ala,tak kisah lah.Saya nak
juga tolong awak.”balas Young Jie.
“Degil.”degus Lay sendirian. “Apa awak
cakap?”tanya Young Jie sambil menghalakan pisau kearah Lay. “Eh,tak ada apa-apa
lah.Saya tak cakap apa-apa pun.Bahaya lah main pisau.”balas Lay ketakutan.
“Saya ada dengar awak kutuk saya.Baik awak bagi
tahu sebelum saya korek bijik mata awak tue.”ugut Young Jie. “Eh,jangan lah
macam tue.Ok,saya bagi tahu.Saya cakap awak degil.Itu ja.”balas Lay sambil
membuat gaya tangan untuk menghalang mukanya dari pisau yang dipegang oleh
Young Jie.
“Haa,tau takut.Padan muka.Saya memang degil
pun.”kata Young Jie lalu ketawa terbahak-bahak. “Ish,awak nie membahayakan
sungguh.”balas Lay lalu memperbetulkan kedudukannya. “Jadi awak jangan
main-main dengan saya lagi lepas nie tau.Dan lepas nie jangan banyak tanya lagi
kenapa saya nak tolong awak.Faham?”arah Young Jie sambil ketawa lagi.
“Baiklah,tuan puteri senget.”balas Lay. “Apa awak
kata?”marah Young Jie lalu menghala kembali pisau kearah Lay. “Ok,ok.Tuan
puteri cantik.”balas Lay.Lalu mereka ketawa kegembiraan.
Tanpa disedari tingkah laku mereka diperhatikan
oleh Yong Kie.Dia tersenyum apabila melihat adiknya sangat bahagia bersama
lelaki tersebut.Mungkin lelaki tersebut adalah kekasih adiknya.
Tiba-tiba Yong Kie mematikan senyumannya apabila
teringat akan kesihatan adiknya.Adakah lelaki tersebut mengetahui keadaan
sebenar Young Jie?Adakah lelaki tersebut terima Young Jie seadanya atau
sebaliknya?
NEXT PRESS THIS PART 3
|