
|
Annyeong ![]() Memories Credits
| You Are My Angle {PART 3}
Character:Lay(Hero),YoungJie(Heroin),YongKie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and
Sad
Selepas sarapan,Young
Jie bersantai di buaian yang terletak di halaman rumahnya.Dia melakar sesuatu
gambar di atas kertas lukisannya.Dia begitu teliti melakar wajah tersebut
sambil tersenyum.Yong Kie yang memerhati sedari tadi menghampirinya dan duduk
bersebelahan dengannya.
“Abang tengok sejak
abang balik dari Amerika kelmarin,Young Jie gembira semacam ja.Young Jie
gembira sebab abang ke sebab orang lain?”tanya Yong Kie. “Gembira?Mana
ada.Biasa ja.Young Jie cuma gembira sebab abang dah balik sini terus.Jadi Young
Jie boleh lah habiskan masa dengan abang ja.”balas Young Jie sambil melukis.
“Yeke?Young Jie lukis
apa tue?”tanya Yong Kie lalu melihat lukisan adiknya namun Young Jie lebih
cepat menarik kertas lukisannya dari dilihat oleh abangnya. “Tak ada
apa-apa.”balas Young Jie. “Kenapa sekarang nie dah pandai berahsia ye?Dah tak
percayakan abang ke?”tanya Yong Kie lagi.Dia tahu yang adiknya tidak pandai
menipu dirinya kerana adiknya terlalu percaya dan sayangkan Yong Kie.
“Bukan macam
tue.Tapi..”tiba-tiba Young Jie berhenti dari berkata. “Tapi apa?”tanya Yong Kie
kehairanan. “Young Jie tahu apa yang Young Jie buat nie abang,mak dan ayah akan
marah.”balas Young Jie lalu menundukkan kepalanya.
“Apa yang Young Jie
buat?Cuba cerita dengan abang.”pujuk Yong Kie. “Abang jangan marah kalau Young
Jie cerita.”kata Young Jie. “Janji.”balas Yong Kie sambil mengangkat lima
jarinya menunjukkan tanda janjinya kepada adiknya.
“Sebenarnya Young Jie
berkenalan dengan seorang lelaki.Dia macam abang.Baik dan kacak.Dia baru habis
belajar di UK dan sekarang dia balik ke Korea untuk jaga nenek dia yang sedang
sakit.Dia cuma berniaga kecil-kecilan sahaja di taman bunga yang adik selalu
pergi tue untuk menampung kewangan perubatan neneknya.”terang Young Jie dengan
penuh semangat.
“Young Jie suka dekat
dia ka?”tanya Yong Kie. “Ntah lah abang.Young Jie jadi serba salah.Nak suka
atau tak.Abang faham kan maksud Young Jie?”balas Young Jie kesedihan. “Young
Jie,kamu tak boleh jadikan alasan penyakit kamu untuk kamu tidak boleh menyukai
lelaki tersebut.Perasaan itu semula jadi.Tidak dipaksa atau diatur.Kamu kena
kuat.Jangan lemah kerana penyakit kamu.Percaya cakap abang yang kamu akan temui
cinta kamu.Apa namanya?”tanya Yong Kie. “Lay.”balas Young Jie perlahan.
“Janji dengan abang
kalau kamu takkan jadikan penyakit sebagai alasan lagi.”kata Yong Kie memberi
semangat. “Janji.”balas Young Jie lalu memeluk tubuh abangnya dengan erat dan
tanpa diduga air matanya menitis. “He’s my angle abang.”kata Young Jie
perlahan. “Don’t let him go.”balas Yong Kie lalu mencium kepala adiknya.
“Young Jie,go!”arah
Yong Kie kepada adiknya. “Tapi abang..” belum sempat Young Jie sempurnakan
ayatnya Yong Kie sudah memotong. “Go or you will lose him?”tanya Yong Kie.Lalu
Young Jie bangun dari duduknya dan berlari ke taman bunga.
Setibanya Young Jie
di taman bunga,dia menuju kearah gerai Lay.Apabila dia melihat Lay sedang
memerhati langkahnya,dia terus berlari anak kearah Lay dan memeluk tubuh Lay
sambil menangis teresak-esak.Lay kehairanan,namun dia akur dengan perbuatan
Young Jie kerana dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Young Jie sehingga
dia menangis begini.Dia cuba meredakan tangisan Young Jie namun gagal.
Setelah hampir lima
minit Young Jie menangis lalu dia berhenti dan memandang Lay dengan penuh sayu.
“Awak ok,Young Jie?”tanya Lay perlahan. “Saya ok.Maafkan saya atas perbuatan saya
sebentar tadi.”balas Young Jie sambil menghapus air matanya dengan tisu yang
diberi oleh Lay.
“Ada apa-apa yang
patut saya tahu atau ada apa-apa yang awak nak kongsikan dengan saya?Saya sudi
dengar.”tanya Lay. “Tak ada apa-apa yang perlu awak tahu dan tak ada apa-apa
yang saya nak kongsikan dengan awak.Saya nak minta maaf sekali lagi pasal hal
tadi.Saya pulang dulu.”balas Young Jie lalu beredar dari situ. “Young
Jie.”panggil Lay namun ianya tidak diendahkan oleh Young Jie malah langkahnya
makin laju.
Setibanya Young Jie
dirumah,Yong Kie menarik tangannya. “Bagaimana?”tanya Yong Kie. “Tak ada
apa-apa.”balas Young Jie ringkas. “Dia dah tahu?”tanya Yong Kie lagi. “Dia tak
perlu tahu.”balas Young Jie lalu meneruskan langkah kearah biliknya.
“Apa kena dengan adik
kamu,Yong Kie?”tanya maknya. “Tak tahu.”balas Yong Kie ringkas lalu menuju ke
biliknya tanpa berkata apa-apa. “Macam-macam lah budak zaman sekarang.Bergaduh
lah tue.”kata maknya sendirian.
NEXT PRESS THIS PART 4
|