
|
Annyeong ![]() Memories Credits
| You Are My Angle {PART 5}
Character:Lay(Hero),YoungJie(Heroin),YongKie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and
Sad
Hampir sebulan Lay
berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Young Jie yang tidak
sedarkan diri sejak pengsan.Pagi Lay akan ke taman untuk berniaga tapi pada
sebelah petang dia akan habiskan masanya bersama Young Jie di hospital.
Pada keesokkan
hari,Lay menerima panggilan telefon dari Yong Kie bahawa Young Jie sudah
sedarkan diri.Lay berasa amat gembira dan dia sanggup memasak makanan yang
enak-enak untuk Young Jie sebelum dia ke sana.
Setibanya Lay di
hospital,dia terus ke bilik Young Jie. “Lay?”Young Jie terkejut apabila dia
melihat Lay datang ke hospital untuk melawatnya.Lalu dia memandang kearah
abangnya untuk mendapatkan kepastian kenapa Lay boleh datang ke situ. “Abang
dah ceritakan segalanya pada Lay.Dan sejak kamu masuk hospital setiap hari dia
datang menjaga kamu walaupun kamu tidak sedarkan diri.”terang Yong Kie.
Lay hanya tunduk malu
kerana Yong Kie memberitahu Young Jie yang dia sanggup bersusah payah untuk
Young Jie.Lalu Young Jie hanya tersenyum kegembiraan.Yong Kie , ayah dan maknya
bergegas keluar dari bilik Young Jie kerana mereka ingin memberi peluang kepada
Young Jie dan Lay untuk berbual.
“Saya..”mereka
berkata serentak lalu masing-masing tersenyum malu. “Awak cakap lah dulu.”Lay
beralah. “Saya minta maaf kalau menyusahkan awak.”kata Young Jie perlahan. “Tak
mengapa.Awak tak menyusahkan pun.Saya rela hati nak jaga awak.”balas Lay lalu
menghempaskan punggungnya di atas kerusi yang berhampiran dengan Young Jie.
“Terima kasih awak.”kata Young Jie ringkas lalu melemparkan senyuman kepada
Lay.
“Keadaan awak macam
mana sekarang?”tanya Lay kerisauan. “Saya ok lah.Cuma terasa badan agak
lesu.Mungkin kerana saya banyak hari tak makan.”balas Young Jie. “Kalau macam
tue saya suapkan awak makan ya.Saya ada masak untuk awak.Nie sup sayur dan
udang panggang.Sedap tau.”kata Lay lalu membuka bekas makanan itu.
“Awak masak untuk
saya?Takut saya nak makan.Nanti awak letak racun macam mana?Awak bukan suka
saya pun.”balas Young Jie lalu membuat reaksi takut. “Eh,awak ingat saya nie
jahat sangat ke?Saya takkan buat macam tue lah.Siapa cakap saya tak suka
awak?Saya suka lah.”kata Lay selamba. “Yeke?”tanya Young Jie untuk dapatkan
kepastian. “Perasan.”balas Lay lalu mereka ketawa kegembiraan.
Selepas Young Jie
menjamu selera,Lay membawa Young Jie bersiar-siar di taman bunga hospital.
“Awak,kalau saya nak buat permintaan dengan awak boleh tak?”tanya Young Jie.
“Boleh.”balas Lay ringkas. “Saya nak lukis gambar awak boleh tak?Dah lama saya
tak melukis.Mana nak tahu kali nie lukisan terakhir saya ke?”kata Young Jie
lalu Lay berhenti melangkah.
“Apa awak cakap
nie?Tak baik cakap macam tue.Awak pasti sembuh.Saya percaya awak akan
sembuh.Saya tak kisah kalau awak nak lukis gambar saya.Saya suka sangat.Nanti
lukisan tue saya nak boleh?”tanya Lay. “Boleh je.Saya bagi sekali buku lukisan
saya yang penuh dengan lukisan saya.”balas Young Jie. “Eh,tak payah lah
semua.Lukisan yang awak nak lukis nie ja yang saya nak.Yang lain tue awak
simpan saja.”kata Lay.
“Tak mengapa,awak
ambil saja.Sekurang-kurangnya kalau saya dah tak ada nanti awak rindukan saya
awak boleh tengok lukisan-lukisan saya.”balas Young Jie lalu mula melukis wajah
Lay. “Baiklah saya ambil tapi janji dengan saya yang awak takkan menyerah untuk
teruskan perjuangan awak nie.Janji?”kata Lay. “Janji.”
Selepas melukis Lay
membawa Young Jie masuk ke biliknya kembali.Setibanya mereka di bilik,Young Jie
menyerahkan segala lukisannya pada Lay. “Awak janji tau jaga lukisan ini.”kata
Young Jie. “Ya,saya janji.Dah lah awak rehat ya.”balas Lay. “Ok.Awak saya nak
tidur dulu.Tolong temankan saya.Nanti kalau keluarga saya dah datang awak cakap
yang saya dah tidur dan tak nak diganggu tau.”kata Young Jie. “Baiklah.Awak
rehat ya.Saya temankan awak.”balas Lay perlahan. “Awak,saya cintakan awak.”kata
Young Jie lembut.
“Saya pun cintakan
awak.Awak kena kuat.Jangan tinggalkan saya.”balas Lay. “You are my angel.Awak
dah banyak bagi saya semangat.Terima kasih untuk segalanya.”kata Young Jie lalu
menitiskan air mata. “Sama-sama.Awak pun sama banyak bagi saya semangat.”balas
Lay lalu menghapus air mata Young Jie.Akhirnya mereka berdua tertidur.
Pada keesokkan
harinya,Lay tersedar dari lenanya lalu dia memandang kearah Young Jie yang enak
tidur dari semalam.Lalu dia cuba kejutkan Young Jie untuk sarapan.Malangnya,Young
Jie tidak sedarkan diri.Lay sangat panik dan terus pergi ke kaunter untuk
meminta pertolongan.
Setengah jam berlalu
akhirnya keluarga Young Jie tiba. “Lay,apa yang dah berlaku pada Young
Jie?”tanya mak Young Jie sambil menangis teresak-esak. “Dia tidak sedarkan
diri.Saya pun tak tahu kenapa.Semalam dia kelihatan sihat sahaja.”balas Lay
lalu mengesat air matanya.
Tiba-tiba seorang doktor
keluar dari bilik Young Jie.Lalu mereka mendekati doktor tersebut. “Doktor
macam mana anak saya?”tanya ayah Young Jie kerisauan. “Maafkan saya.Kami tidak
dapat selamatkan Young Jie.Dia sudah tiada.”balas doktor lemah.Lalu mak Young
Jie jatuh rebah.
Masing-masing
menitiskan air mata kesedihan.Lay berasa sangat sedih jika dia tahu yang Young
Jie akan pergi pasti dia tidak izinkan Young Jie tidur semalam.
Pada keesokkan
harinya,Lay menghadiri majlis pengembumian Young Jie.Sebelum pulang dia
menghadiahkan sejambak bunga kepada Young Jie lalu meletakkan ia di atas kubur
Young Jie. “Awak,saya takkan pernah lupakan awak.Senyum awak,gelak awak,tingkah
laku awak akan menghantui saya.Saya janji saya akan jaga semua lukisan tue.Saya
sayang awak.Saya rela dengan pemergian awak,Young Jie.”kata Lay lalu menitiskan
air mata.
THE END . . .
|