Someday in Paris....
Annyeong

Touch It!



Home Fanfics

Hello! Welcome to my FANFICS WORLD.Don't COPY and SPAM.Thankyou!

Memories


Credits

Template by: Novita Lesyani
Basecode by: Nurul Atiqah
Owner: ESCHA SULAY


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


http://matcuoi.comAlhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi akhirnya telah siap blog "the artwork is mine" ini . Setelah bertungkus lumus sepanjang mengaggur nie dapat jugak aisyah siapkan blog ini . Disini , aisyah jugak menyediakan pelbagai jenis karya hasil aisyah sendiri . harap-harap visitors sekalian suka lah . Jika ada sebarang masalah atau sesuatu yang kurang memuaskan sila-sila lah comment atau terus hubungi aisyah dengan apa cara sekalipun . Terima kasih kepada adik aisyah {Ekin}http://matcuoi.comhttp://kpop-master.blogspot.com/ yang sudi berkongsi ilmu dengan aisyah . Apa-apa pun selamat ber enjoy ! Follow me yea !http://matcuoi.comhttp://matcuoi.com

Testing


Testing 

Testing Post



You Are My Angle {PART 5}



Character:Lay(Hero),YoungJie(Heroin),YongKie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and Sad

Hampir sebulan Lay berulang alik dari rumah ke hospital untuk menjaga Young Jie yang tidak sedarkan diri sejak pengsan.Pagi Lay akan ke taman untuk berniaga tapi pada sebelah petang dia akan habiskan masanya bersama Young Jie di hospital.

Pada keesokkan hari,Lay menerima panggilan telefon dari Yong Kie bahawa Young Jie sudah sedarkan diri.Lay berasa amat gembira dan dia sanggup memasak makanan yang enak-enak untuk Young Jie sebelum dia ke sana.


Setibanya Lay di hospital,dia terus ke bilik Young Jie. “Lay?”Young Jie terkejut apabila dia melihat Lay datang ke hospital untuk melawatnya.Lalu dia memandang kearah abangnya untuk mendapatkan kepastian kenapa Lay boleh datang ke situ. “Abang dah ceritakan segalanya pada Lay.Dan sejak kamu masuk hospital setiap hari dia datang menjaga kamu walaupun kamu tidak sedarkan diri.”terang Yong Kie.

Lay hanya tunduk malu kerana Yong Kie memberitahu Young Jie yang dia sanggup bersusah payah untuk Young Jie.Lalu Young Jie hanya tersenyum kegembiraan.Yong Kie , ayah dan maknya bergegas keluar dari bilik Young Jie kerana mereka ingin memberi peluang kepada Young Jie dan Lay untuk berbual.

“Saya..”mereka berkata serentak lalu masing-masing tersenyum malu. “Awak cakap lah dulu.”Lay beralah. “Saya minta maaf kalau menyusahkan awak.”kata Young Jie perlahan. “Tak mengapa.Awak tak menyusahkan pun.Saya rela hati nak jaga awak.”balas Lay lalu menghempaskan punggungnya di atas kerusi yang berhampiran dengan Young Jie. “Terima kasih awak.”kata Young Jie ringkas lalu melemparkan senyuman kepada Lay.

“Keadaan awak macam mana sekarang?”tanya Lay kerisauan. “Saya ok lah.Cuma terasa badan agak lesu.Mungkin kerana saya banyak hari tak makan.”balas Young Jie. “Kalau macam tue saya suapkan awak makan ya.Saya ada masak untuk awak.Nie sup sayur dan udang panggang.Sedap tau.”kata Lay lalu membuka bekas makanan itu.


“Awak masak untuk saya?Takut saya nak makan.Nanti awak letak racun macam mana?Awak bukan suka saya pun.”balas Young Jie lalu membuat reaksi takut. “Eh,awak ingat saya nie jahat sangat ke?Saya takkan buat macam tue lah.Siapa cakap saya tak suka awak?Saya suka lah.”kata Lay selamba. “Yeke?”tanya Young Jie untuk dapatkan kepastian. “Perasan.”balas Lay lalu mereka ketawa kegembiraan.

Selepas Young Jie menjamu selera,Lay membawa Young Jie bersiar-siar di taman bunga hospital. “Awak,kalau saya nak buat permintaan dengan awak boleh tak?”tanya Young Jie. “Boleh.”balas Lay ringkas. “Saya nak lukis gambar awak boleh tak?Dah lama saya tak melukis.Mana nak tahu kali nie lukisan terakhir saya ke?”kata Young Jie lalu Lay berhenti melangkah.

“Apa awak cakap nie?Tak baik cakap macam tue.Awak pasti sembuh.Saya percaya awak akan sembuh.Saya tak kisah kalau awak nak lukis gambar saya.Saya suka sangat.Nanti lukisan tue saya nak boleh?”tanya Lay. “Boleh je.Saya bagi sekali buku lukisan saya yang penuh dengan lukisan saya.”balas Young Jie. “Eh,tak payah lah semua.Lukisan yang awak nak lukis nie ja yang saya nak.Yang lain tue awak simpan saja.”kata Lay.

“Tak mengapa,awak ambil saja.Sekurang-kurangnya kalau saya dah tak ada nanti awak rindukan saya awak boleh tengok lukisan-lukisan saya.”balas Young Jie lalu mula melukis wajah Lay. “Baiklah saya ambil tapi janji dengan saya yang awak takkan menyerah untuk teruskan perjuangan awak nie.Janji?”kata Lay. “Janji.”


Selepas melukis Lay membawa Young Jie masuk ke biliknya kembali.Setibanya mereka di bilik,Young Jie menyerahkan segala lukisannya pada Lay. “Awak janji tau jaga lukisan ini.”kata Young Jie. “Ya,saya janji.Dah lah awak rehat ya.”balas Lay. “Ok.Awak saya nak tidur dulu.Tolong temankan saya.Nanti kalau keluarga saya dah datang awak cakap yang saya dah tidur dan tak nak diganggu tau.”kata Young Jie. “Baiklah.Awak rehat ya.Saya temankan awak.”balas Lay perlahan. “Awak,saya cintakan awak.”kata Young Jie lembut.

“Saya pun cintakan awak.Awak kena kuat.Jangan tinggalkan saya.”balas Lay. “You are my angel.Awak dah banyak bagi saya semangat.Terima kasih untuk segalanya.”kata Young Jie lalu menitiskan air mata. “Sama-sama.Awak pun sama banyak bagi saya semangat.”balas Lay lalu menghapus air mata Young Jie.Akhirnya mereka berdua tertidur.

Pada keesokkan harinya,Lay tersedar dari lenanya lalu dia memandang kearah Young Jie yang enak tidur dari semalam.Lalu dia cuba kejutkan Young Jie untuk sarapan.Malangnya,Young Jie tidak sedarkan diri.Lay sangat panik dan terus pergi ke kaunter untuk meminta pertolongan.

Setengah jam berlalu akhirnya keluarga Young Jie tiba. “Lay,apa yang dah berlaku pada Young Jie?”tanya mak Young Jie sambil menangis teresak-esak. “Dia tidak sedarkan diri.Saya pun tak tahu kenapa.Semalam dia kelihatan sihat sahaja.”balas Lay lalu mengesat air matanya.

Tiba-tiba seorang doktor keluar dari bilik Young Jie.Lalu mereka mendekati doktor tersebut. “Doktor macam mana anak saya?”tanya ayah Young Jie kerisauan. “Maafkan saya.Kami tidak dapat selamatkan Young Jie.Dia sudah tiada.”balas doktor lemah.Lalu mak Young Jie jatuh rebah.

Masing-masing menitiskan air mata kesedihan.Lay berasa sangat sedih jika dia tahu yang Young Jie akan pergi pasti dia tidak izinkan Young Jie tidur semalam.

Pada keesokkan harinya,Lay menghadiri majlis pengembumian Young Jie.Sebelum pulang dia menghadiahkan sejambak bunga kepada Young Jie lalu meletakkan ia di atas kubur Young Jie. “Awak,saya takkan pernah lupakan awak.Senyum awak,gelak awak,tingkah laku awak akan menghantui saya.Saya janji saya akan jaga semua lukisan tue.Saya sayang awak.Saya rela dengan pemergian awak,Young Jie.”kata Lay lalu menitiskan air mata.

THE END  . . .

You Are My Angle {PART 4}



Character:Lay(Hero),YoungJie(Heroin),YongKie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and Sad

“Young Jie,keluar sarapan sayang.Semua orang dah tunggu kamu nie.”sahut maknya sambil mengetuk pintu bilik Young Jie. “Young Jie,Young Jie.Kamu buat apa tue?Takkan belum bangun lagi?Jom sarapan.Dari semalam kamu belum makan nanti perut kamu masuk angin.”panggil maknya lagi.

Lalu,maknya membuka pintu biliknya yang tidak berkunci itu.Ketika maknya memasuki biliknya dia tidak kelihatan di atas katilnya.Lalu maknya sangat panik dan menuju kearah bilik air dan dia dapati yang anaknya sudah terbaring diatas lantai sambil darah mengalir dibahagian hidung Young Jie.

“Abang,Yong Kie tolong mak Young Jie pengsan.”jerit maknya dengan sekuat hati sambil menangis. “Kenapa mak?”tanya Yong Kie kehairanan. “Tolong,adik kamu pengsan.Jom bawa dia ke hospital sekarang.Angkat adik kamu Yong Kie.Suruh ayah sediakan kereta.”arah maknya kelam kabut.

Setelah Yong Kie memberitahu ayahnya,dia terus bergegas ke bilik adiknya untuk mengangkat Young Jie masuk ke kereta.Mereka berlalu ke hospital dengan segera.Setibanya di hospital,Young Jie dibawa ke bilik kecemasan.Yong Kie,mak dan ayahnya menunggu Young Jie di ruang menunggu.

Hampir satu jam mereka menunggu Young Jie akhirnya seorang doktor keluar dari bilik kecemasan dan menuju ke ruang menunggu untuk bertemu dengan keluarga Young Jie.


Mereka menghampiri doktor lalu bertanya tentang keadaan Young Jie. “Doktor bagaimana anak saya?”tanya ayah Young Jie kerisauan. “Keadaan pesakit setakat ini tidak stabil kerana tekanan darahnya naik turun.Tekanan perasaan pada pesakit juga sangat tinggi mungkin dia ada mengalami masalah yang besar.”terang doktor kepada mereka. “Penyakitnya bagaimana doktor?”tanya maknya pula. “Penyakitnya juga sudah semakin serius.Mungkin dia perlu tinggal dihospital untuk tempoh masa yang agak lama.Saya takut kalau dia berada dirumah dan tiba-tiba penyakitnya menyerang mungkin kita tidak sempat untuk membantunya.”terang doktor lagi.

“Jadi bagaimana doktor?Apa yang perlu kita lakukan sekarang?”tanya Yong Kie. “Kita berdoalah agar dia selamat.Sekarang nie saya akan tempatkan dia di wad ICU untuk pemerhatian dengan lebih cekap.Dan buat masa sekarang jangan kerap berjumpa dengannya supaya dia dapat tenangkan perasaannya.Jika ingin berjumpa,jumpa dalam jumlah yang sedikit.Paling penting jangan beri dia sebarang bebanan takut dia akan tertekan.Saya minta diri dulu.Masih ada pesakit yang perlu saya rawat.”kata doktor lalu beredar dari situ.

Lalu mak Young Jie rebah dan menangis teresak-esak. “Kalau lah mak boleh ambil semua penyakit Young Jie mak sanggup lakukannya.Adik kamu masih muda untuk hadapi semua ini.Mak tak nak kehilangan dia.”kata mak Young Jie sambil menangis. “Mak,janganlah cakap macam tue.Sekarang ini Young Jie sangat memerlukan kekuatan dari kita semua.Kita tak boleh lemah nanti Young Jie turut menjadi lemah.Kita mesti bantu dia.”balas Yong Kie sambil menenangkan maknya.

“Yong Kie,adik kamu ada masalah apa sebenarnya?Kenapa sampai jadi begini?Kamu bergaduh dengan dia ka?”ayah Young Jie mula bersuara. “Ayah,sebenarnya Young Jie ada sukakan seseorang.Tapi penyakitnya yang menghalangnya untuk berterus terang.Dia sedih kerana dia tak mampu untuk terus mencintai lelaki itu kerana dia tahu yang dia tak dapat bertahan lama lagi.”terang Yong Kie kepada mak dan ayahnya.

“Ayah rasa kamu kena panggil lelaki itu ke sini.Dia kena tahu hal ini dan dia kena bantu adik kamu.Kalau tidak adik kamu takkan rasa gembira dan masalah ini akan membebankan dia.”kata ayahnya. “Baiklah ayah,saya akan pergi menemui lelaki itu dan bawa dia ke sini.”kata Yong Kie dan berlalu pergi.

Setibanya Yong Kie di taman bunga itu dia bergegas ke gerai Lay. “Hai,saya Yong Kie abang Young Jie.Awak kawan dia kan?”sapa Yong Kie. “Hai,saya Lay.Ouh,jadi awaklah abang Young Jie.Dia selalu cerita pasal awak dengan saya.Eh,mana Young Jie?Selalunya dia mesti ke sini tapi hari nie saya tak Nampak dia pun.”balas Lay.

“Sebenarnya Young Jie masuk hospital.Dia sekarang berada di wad ICU.Sebab itu saya ke sini untuk bawa awak ke hospital berjumpa dengan dia.”terang Yong Kie. “Hospital?ICU?Dia sakit apa?Semalam dia datang sini pun nangis-nangis.Ada yang tak kena ke?”tanya Lay bertubi-tubi.Kelihatan seperti Lay sangat risau akan keadaan Young Jie.

“Dia tak pernah cerita dengan awak ke?”tanya Yong Kie kehairanan.Dia menyangka yang adiknya sudah memberitahu Lay tentang penyakitnya itu tetapi sangkaannya salah. “Tak pernah pun.”balas Lay.

 “Sebenarnya dia menghidap penyakit barah otak.Sudah setahun dia bertahan dengan penyakitnya ini.Peluang untuk dia sembuh sangat tipis kerana dia sudah berada di tahap yang ketiga.Kalau buat operation pun doktor tak berani nak jamin kalau dia dapat sembuh.Jadi dia memilih untuk tidak melakukan pembedahan itu.Tapi sekarang dia dah tenat.Dia perlukan awak.”terang Yong Kie.

Sebak hati Lay apabila mendengar penjelasan dari Yong Kie.Dia berasa amat sedih kerana satu-satunya perempuan yang rapat dengannya menghidap penyakit yang membawa maut itu. “Tapi kenapa dia perlukan saya?”Lay agak sedikit kehairanan.Siapa dia yang sangat diperlukan oleh Young Jie waktu begini.Kenapa bukan kekasih Young Jie yang patut bersama Young Jie?

“Sebab Young Jie sukakan awak dari mula dia kenal awak lagi.Dia ada cerita semuanya pada saya.Saya tahu awak dapat bantu dia.Dia perlukan awak.Selalunya dia ke sini semata-mata nak bersama awak.Saya tahu dia mula mencintai awak tapi dia takut nak beritahu kerana dia tak nak awak beri dia harapan.Dia tahu yang dia akan pergi.Dia tak nak awak sedih sebab dia pergi.Biarlah dia menyimpan semua itu.Saya mohon dengan awak untuk berjumpa dengannya.Bantulah dia.”mohon Yong Kie.

“Baiklah.Saya akan bantu dia kerana saya dah anggap dia seperti adik saya sendiri.”balas Lay dengan rela hati lalu menutup gerainya dan pergi bersama Yong Kie.

Setibanya mereka di hospital Yong Kie membawa Lay berjumpa dengan adiknya di dalam wad ICU.Yong Kie meninggalkan Lay dengan adiknya di dalam bilik tersebut.Lalu,Lay mendekati Young Jie dan duduk di sisinya.

“Awak,saya datang nie.Kenapa awak tak nak cerita dengan saya tentang penyakit awak?Awak cakap kita kawan.Saya tak kisah kalau awak nak cerita apa pun pasal awak dekat saya.Saya selesa kawan dengan awak.Saya dah anggap awak macam adik saya sendiri.Saya sayang awak.Awak kena kuat.Awak tak boleh lemah.Saya sentiasa dengan awak.”bisik Lay ditelinga Young Jie lalu Lay mencium dahi Young Jie.

Sudah hamper tiga jam Lay disitu lalu dia pun meminta izin untuk pulang kerana hari hampir malam.Yong Kie menghantar Lay pulang ke rumahnya. “Thanks bro.Esok kalau awak free awak datang lah lagi jumpa dengannya.”kata Yong Kie. “Ok.Nanti saya akan ke sana sendiri awak tak perlu lah susah-susah jemput saya lagi ya.Saya minta diri dulu.”balas Lay dan berlalu pergi.

NEXT PRESS THIS PART 5

You Are My Angle {PART 3}



Character:Lay(Hero),YoungJie(Heroin),YongKie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and Sad

Selepas sarapan,Young Jie bersantai di buaian yang terletak di halaman rumahnya.Dia melakar sesuatu gambar di atas kertas lukisannya.Dia begitu teliti melakar wajah tersebut sambil tersenyum.Yong Kie yang memerhati sedari tadi menghampirinya dan duduk bersebelahan dengannya.

“Abang tengok sejak abang balik dari Amerika kelmarin,Young Jie gembira semacam ja.Young Jie gembira sebab abang ke sebab orang lain?”tanya Yong Kie. “Gembira?Mana ada.Biasa ja.Young Jie cuma gembira sebab abang dah balik sini terus.Jadi Young Jie boleh lah habiskan masa dengan abang ja.”balas Young Jie sambil melukis.

“Yeke?Young Jie lukis apa tue?”tanya Yong Kie lalu melihat lukisan adiknya namun Young Jie lebih cepat menarik kertas lukisannya dari dilihat oleh abangnya. “Tak ada apa-apa.”balas Young Jie. “Kenapa sekarang nie dah pandai berahsia ye?Dah tak percayakan abang ke?”tanya Yong Kie lagi.Dia tahu yang adiknya tidak pandai menipu dirinya kerana adiknya terlalu percaya dan sayangkan Yong Kie.

“Bukan macam tue.Tapi..”tiba-tiba Young Jie berhenti dari berkata. “Tapi apa?”tanya Yong Kie kehairanan. “Young Jie tahu apa yang Young Jie buat nie abang,mak dan ayah akan marah.”balas Young Jie lalu menundukkan kepalanya.

“Apa yang Young Jie buat?Cuba cerita dengan abang.”pujuk Yong Kie. “Abang jangan marah kalau Young Jie cerita.”kata Young Jie. “Janji.”balas Yong Kie sambil mengangkat lima jarinya menunjukkan tanda janjinya kepada adiknya.

“Sebenarnya Young Jie berkenalan dengan seorang lelaki.Dia macam abang.Baik dan kacak.Dia baru habis belajar di UK dan sekarang dia balik ke Korea untuk jaga nenek dia yang sedang sakit.Dia cuma berniaga kecil-kecilan sahaja di taman bunga yang adik selalu pergi tue untuk menampung kewangan perubatan neneknya.”terang Young Jie dengan penuh semangat.

“Young Jie suka dekat dia ka?”tanya Yong Kie. “Ntah lah abang.Young Jie jadi serba salah.Nak suka atau tak.Abang faham kan maksud Young Jie?”balas Young Jie kesedihan. “Young Jie,kamu tak boleh jadikan alasan penyakit kamu untuk kamu tidak boleh menyukai lelaki tersebut.Perasaan itu semula jadi.Tidak dipaksa atau diatur.Kamu kena kuat.Jangan lemah kerana penyakit kamu.Percaya cakap abang yang kamu akan temui cinta kamu.Apa namanya?”tanya Yong Kie. “Lay.”balas Young Jie perlahan.

“Janji dengan abang kalau kamu takkan jadikan penyakit sebagai alasan lagi.”kata Yong Kie memberi semangat. “Janji.”balas Young Jie lalu memeluk tubuh abangnya dengan erat dan tanpa diduga air matanya menitis. “He’s my angle abang.”kata Young Jie perlahan. “Don’t let him go.”balas Yong Kie lalu mencium kepala adiknya.
“Young Jie,go!”arah Yong Kie kepada adiknya. “Tapi abang..” belum sempat Young Jie sempurnakan ayatnya Yong Kie sudah memotong. “Go or you will lose him?”tanya Yong Kie.Lalu Young Jie bangun dari duduknya dan berlari ke taman bunga.

Setibanya Young Jie di taman bunga,dia menuju kearah gerai Lay.Apabila dia melihat Lay sedang memerhati langkahnya,dia terus berlari anak kearah Lay dan memeluk tubuh Lay sambil menangis teresak-esak.Lay kehairanan,namun dia akur dengan perbuatan Young Jie kerana dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Young Jie sehingga dia menangis begini.Dia cuba meredakan tangisan Young Jie namun gagal.

Setelah hampir lima minit Young Jie menangis lalu dia berhenti dan memandang Lay dengan penuh sayu. “Awak ok,Young Jie?”tanya Lay perlahan. “Saya ok.Maafkan saya atas perbuatan saya sebentar tadi.”balas Young Jie sambil menghapus air matanya dengan tisu yang diberi oleh Lay.

“Ada apa-apa yang patut saya tahu atau ada apa-apa yang awak nak kongsikan dengan saya?Saya sudi dengar.”tanya Lay. “Tak ada apa-apa yang perlu awak tahu dan tak ada apa-apa yang saya nak kongsikan dengan awak.Saya nak minta maaf sekali lagi pasal hal tadi.Saya pulang dulu.”balas Young Jie lalu beredar dari situ. “Young Jie.”panggil Lay namun ianya tidak diendahkan oleh Young Jie malah langkahnya makin laju.

Setibanya Young Jie dirumah,Yong Kie menarik tangannya. “Bagaimana?”tanya Yong Kie. “Tak ada apa-apa.”balas Young Jie ringkas. “Dia dah tahu?”tanya Yong Kie lagi. “Dia tak perlu tahu.”balas Young Jie lalu meneruskan langkah kearah biliknya.

“Apa kena dengan adik kamu,Yong Kie?”tanya maknya. “Tak tahu.”balas Yong Kie ringkas lalu menuju ke biliknya tanpa berkata apa-apa. “Macam-macam lah budak zaman sekarang.Bergaduh lah tue.”kata maknya sendirian.

NEXT PRESS THIS PART 4

You Are My Angle {PART 1}


Character: Lay(Hero),Young Jie(Heroin),Yong Kie(Bro’s Young Jie),Mom’s and Dad’s Young Jie
Genre: Romance and Sad


Selepas tamat waktu persekolahan,Young Jie mengatur langkah ke taman bunga yang hampiran dengan sekolahnya sebelum dia pulang ke rumah.Young Jie akan menghabiskan masanya di taman bunga dengan melukis.Dia amat gemar melukis.Pelbagai jenis lukisan yang telah dia lukis.Baginya,hobi melukis ini merupakan suatu hobi yang luar biasa kerana tak semua orang dikurniakan kemahiran dalam melukis.Young Jie amat bersyukur kerana dikurniakan kelebihan dalam bidang melukis.

Setibanya dia di taman,dia terlihat sebuah gerai yang baru dibuka di kawasan taman tersebut.Lalu Young Jie menuju ke gerai tersebut untuk melihat apakah yang dijual oleh pemilik gerai tersebut. “Excuse me , hai !”tegur Young Jie kepada pemuda yang sedang khusyuk membaca majalah.

“Maafkan saya, hai ! Boleh saya bantu awak ?”balas pemuda tersebut.Young Jie tersenyum lebar apabila melihat wajah pemuda tersebut.Dia merasakan suatu getaran yang bergetar dijantungnya seperti ada sesuatu yang tidak kena.Young Jie merenung wajah pemuda itu sedalam yang mungkin sehinggakan dia tidak sedar yang pemuda tersebut melambai-lambainya tanda menyedarkan dia dari lamunannya.

“Cik?Hello??”tegur pemuda tersebut. “Oppss , sorry ! Awak peniaga baru disini ka?”tanya Young Jie setelah dia sedar yang dia telah hanyut dalam lamunannya. “Oh , ya ! Saya baru mula berniaga hari ini.Awak mesti selalu datang sini kan?Sebab awak boleh agak saya nie peniaga baru disini.”kata pemuda tersebut. “Yes!Of course.Saya suka datang sini.Lagipun sekolah saya berhampiran sini sahaja.By the way, saya Young Jie.”balas Young Jie memulakan perkenalan lalu menghulurkan tangannya. “Saya Zhang Yixing.Panggil saja saya Lay.”pemuda tersebut menyambut tangan Young Jie untuk berjabat. “Boleh saya berkenalan lebih mendalam dengan awak?”tanya Young Jie sambil tersengih. “Of course.” “Awak umur berapa ya?Awak tinggal berdekatan sini ka?”tanya Young Jie bertubi-tubi. “Umur saya 22 tahun.Saya tinggal berdekatan sini juga.Dulu saya tinggal di UK sebab saya belajar disana.Tapi selepas saya tamat belajar saya balik ke korea untuk jaga nenek saya.”kata Lay dengan penuh karisma.

“Kenapa awak tinggal dengan nenek awak?Family awak mana?”tanya Young Jie kehairanan. “Mak dan ayah saya dah meninggal waktu saya kecil lagi sebab kemalangan.Saya Cuma anak tunggal.Saya tinggal dengan nenek saya dari kecil lagi.”terang Lay kepada Young Jie sambil menyediakan secawan aiskrim kepada Young Jie. “Ouh,maafkan saya.Saya tak tahu.”balas Young Jie. “Nah aiskrim untuk awak.Awak pula macam mana?”tanya Lay pula. “Thank you.Saya tinggal di hadapan jalan besar berhampiran dengan kedai-kedai disana.Saya tinggal dengan mak,ayah dan abang saya.Mak saya buka dobi,ayah pula sebagai jurutera disebuah syarikat dibandar dan abang saya sedang melanjutkan pelajaran dia di Amerika.Tak lama lagi dia akan balik ke sini.”terang Young Jie sambil menjamah aiskrimnya.

“Ouh,seronok jadi awak sebab awak masih ada keluarga yang bahagia.”puji Lay. “Tapi lagi seronok kalau saya ada abang macam awak.”balas Young Jie lalu tersenyum lebar. “Kenapa pula?”tanya Lay kehairanan. “Sebab awak baik.”balas Young Jie selamba. “Haha,awak nie pandai-pandai ja judge saya kan?”ketawa Lay. “Mestilah.Eh,kenapa awak berniaga ja?Kenapa tak bekerja dibandar sana?Awak mesti ada kelulusan yang tinggi kan?Belajar jauh-jauh takkan nak berniaga kecil-kecilan saja.”tanya Young Jie. “Saya ingat sementara nenek saya masih sakit saya cuma bekerja kecil-kecil sahaja.Nanti bila nenek dah sihat sikit baru saya mula cari kerja yang lebih baik dibandar.”balas Lay. “Tengok,kan saya dah bagitahu awak baik.”puji Young Jie lagi.

Setelah berbual,Young Jie menolong Lay mengemas gerai tersebut dan mereka pulang ke rumah masing-masing.Setelah Young Jie tiba di rumah,dia melihat maknya sedang ke hulu dan ke hilir menanti kepulangannya kerana waktu itu jam sudah menunjukkan jam 6 petang,sudah lewat. “Young Jie,ke mana kamu pergi?Mak risau.Kamu tue bukannya sihat sangat.”tanya mak Young Jie kerisauan. “Mak,saya dari taman lah.Macam biasa.Mak nie macam tak tahu jadual anak mak nie kan?Selalunya lepas sekolah kan Young Jie akan ke taman.Mak jangan lah risau saya sihat saja.”balas Young Jie sambil membuka kasutnya.

“Macam mana mak tak risau kalau kamu pulang lewat.Selalunya kamu akan balik pukul 4.Kamu takkan balik selewat nie.Mak risau lah.”terang maknya lagi. “Sudah lah mak,saya dah selamat sampai kan?Saya nak mandi dan rehat.Saya letih.”balas Young Jie lalu menuju ke biliknya. “Taknak makan ka?”tanya maknya. “Taknak,saya dah makan.”balas Young Jie. “Ubat jangan lupa makan ya.”pesan maknya lagi. “Baiklah mak.”balas Young Jie malas lalu menutup pintu biliknya.

Young Jie melabuhkan punggungnya di atas kerusi di meja belajarnya.Dia mencapai gambar abangnya lalu tersenyum lebar. “Dia macam abang.Adik rindu dekat abang.”kata Young Jie sendirian.Young Jie mencapai beg plastik yang dipenuhi dengan ubat-ubatnya yang terletak diatas meja belajarnya.Setelah Young Jie disahkan menghidap penyakit barah otak setahun yang lalu,dia tidak boleh lagi berenggang dengan ubat-ubatnya kerana penyakitnya akan datang tanpa diduga.Maknya sangat mengambil berat tentang kesihatannya kerana dia merupakan satu-satunya anak perempuan keluarga tersebut.Keluarganya selalu memberi dia semangat untuk terus berusaha dan tidak berputus asa untuk sembuh.

Young Jie menelan semua ubat-ubat yang perlu dia makan lalu mencapai tuala mandinya dan berlalu ke tandas untuk membersihkan tubuhnya.Setelah selesai mandi,Young Jie merebahkan badannya diatas katil untuk tidur.Sebelum tidur dia mencapai buku lukisannya dan meneliti lukisannya pada hari nie.Ketika dia sedang meneliti lukisan-lukisannya,tiba-tiba dia teringat akan Lay pemuda yang baru dia berkenalan siang tadi.Lalu dia tersenyum lebar.

“Aduhai,perasaan apa pula nie?Kenapa asyik teringatkan Lay saja nie?”kata Young Jie sendirian. “Jatuh cinta?Tak mungkin,tak mungkin.Dia sebaya abang laa,takkan aku nak jatuh cinta pula.Aku anggap dia abang saja.Tak lebih.”kata Young Jie lagi lalu menampar-nampar kedua-dua belah pipinya supaya dia sedar dari perasaannya yang tidak tentu itu. “Young Jie,kau tak boleh jatuh cinta.Jangan kecewakan siapa-siapa.Kau takkan hidup lama.Takkan kau nak tengok orang yang kau sayang sedih sebab pemergian kau?Jangan..”kata Young Jie pada dirinya sendiri.Lalu dia menarik selimut menutupi dirinya dan tidur.

NEXT PRESS THIS PART 2